Pages

Followers

Tuesday 20 October 2015

Hari Kanak-kanak SKPG



Isnin 12 Okt - Unit HEM SKPG  telah mengadakan  sambutan  Hari  Kanak-kanak  peringkat  sekolah.

Antara acara-acara yang dijalankan  ialah, ceramah makanan berkhasiat dan alam remaja disampaikan  oleh  pegawai kesihatan dari klinik berdekatan, persembahan daripada  murid-murid dan ceramah sifiria.

Sesungguhnya  pengisian pada hari itu amat bermanfaat  bagi murid-murid  dan warga skpg keseluruhannya.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Hari Sukan Negara SKPG





Sabtu, 10 Okt 2015 - Sempena hari  sukan  negara yang jatuh pada 10 Okt setiap  tahun, SK Padang  Gajah  telah menganjurkan  beberapa  program kesukanan.

Antaranya, acara  senamrobik  diketuai oleh  Puan Halijah ajk pibg. Bola sepak untuk murid lelaki, guru dan bapa. Bola jaring untuk murid perempuan, guru dan ibu. Bola tampar untuk semua.

Acara turut disertai ibubapa dan warga sekolah bukan akademik.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Thursday 8 October 2015

Kejohanan Balapan dan Padang SKPG











Khamis, 1 Okt 2015 - Kejohanan  Balapan  dan  Padang  SKPG  telah diadakan.

Semua  murid  SKPG mengambil  bahagian.

Beberapa  acara telah dipertandingkan  seperti lompat  tinggi ,  lompat  jauh, lontar  peluru  dan lumba  lari.

Acara  sukaneka untuk pra sekolah  dan ibubapa  turut diadakan.

Walaupun  cuaca kadang kadang  hujan, semua  pihak merasa seronok  dan  acara  berjalan  lancar.

"Akal yang cerdik  datangnya  dari  badan  yang  sihat."

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Thursday 17 September 2015

Sukaneka SKPG

Khamis, 17 September - Acara  sukaneka  bagi mengumpul  mata untuk acara balapan dan padang telah diadakan.

Antara acara yang dipertandingkan  ialah, bawa bola pingpong  dalam sudu, isi air dalam botol guna span, lumba skipping, lumba imbang pundi kacang, lumba ikat kaki, lumba leret bola celah, lumba lari dalam guni dan diakhiri  dengan  tabur gula gula.

Semua murid SKPG  telah  mengambil  bahagian.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Tuesday 15 September 2015

Penutup Bulan Kebangsaan dan Rentas Desa






Selasa, 15 September - Majlis  penutup  bulan kebangsaan  telah  diadakan.

Majlis  dimulakan  dengan  acara  rentas desa. Semua murid  SKPG  yang sihat telah  mengambil bahagian  disertai  ibu ibu mereka.

Seterusnya  acara di dalam  di dewan  diteruskan  dengan  ucapan  perasmian  penutup  oleh En Hakimi Bin Salleh, PK Pentadbiran  SKPG.

Acara  penyampaian  hadiah berlangsung  selepas itu diselangi  dengan  persembahan  murid.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Tuesday 8 September 2015

Majlis Restu Ilmu UPSR





Isnin, 7 September - Setiap tahun sebelum UPSR Majlis  restu ilmu akan diadakan.

Majlis itu ialah majlis untuk calon-calon UPSR memohon  kemaafan kepada semua warga SKPG bukan sahaja guru-guru tetapi hingga adik-adik di pra sekolah.

Majlis ini ialah inisiatif dan buah fikiran  Tuan Guru Besar SKPG  En Ismail Bin Yusof.

Semoga SKPG memperoleh  kejayaan.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Majlis Bacaan Yasin Sempena UPSR





Rabu, 2 September - Majlis bacaan Yasin bersama ibubapa telah diadakan sempena UPSR pada 8 September  nanti.

Majlis  bacaan Yasin ini juga buat rakan guru kami Cikgu Hannan Md Saad yang bakal menunaikan haji pada hari Jumaat 4 September.

Kami di SKPG mendoakan kejayaan kedua-duanya.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Wednesday 19 August 2015

Pelancaran Bulan Kebangsaan







Selasa, 18 Ogos 2015 - Sekolah  Kebangsaan  Padang Gajah telah melancarkan  bulan  kebangsaan sempena ulang tahun hari kemerdekaan  pada 31 Ogos  dan hari  Malaysia  pada 16  September. Tema pada tahun ini ialah 'sehati sejiwa'.

Penentu  sesebuah negara yang berjaya apabila rakyatnya  bersatu sehati dan sejiwa. Bukan berpaling  tadah apabila  negara  menimpa  bencana.

Sesungguhnya  generasi muda yang tahu asal usulnya adalah generasi  yang cintakan  negara.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Saturday 25 July 2015

Sambutan Aidilfitri SKPG







Jumaat, 24 Julai  - SK  Padang  Gajah  telah  mengadakan  majlis  sambutan  Aidilfitri.

Majlis  diadakan secara  bersama  dengan  pihak  PIBG.

Pelbagai  juadah tradisional  hari raya  telah disajikan  hasil sumbangan  guru-guru, warga sekolah  bukan guru, ajk pibg dan ibu bapa.

Semua  warga  sekolah  dan ibu bapa  hadir  bagi memeriahkan  majlis.

Sesungguhnya  program  sebegini  akan  mengeratkan  lagi  hubungan  pihak  sekolah  dan komuniti.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Majlis Khatam al Quran dan ambang Aidilfitri







Selasa, 14 Julai - SK Padang  Gajah  telah  mengadakan  majlis  khatam  al Quran dan sambutan  ambang Aidilfitri. 

Majlis  tadarus  al Quran  secara  berkumpulan yang diketuai  seorang  guru  telah  diadakan  sepanjang  bulan  Ramadan di mana setiap  kumpulan  diberi  beberapa  juzuk untuk dihabiskan  sebelum  cuti Hari Raya sempena program  ihya Ramadan   (menghidupkan  Ramadan).

Pada hari  itu juga sumbangan  Hari Raya  telah diberikan  kepada  murid murid berupa  wang  dan barangan.

Sesungguhnya  program  yang baik sebegini  telah menjadi tradisi SKPG dan harus diteruskan  setiap tahun yang mendatang.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Wednesday 8 July 2015

Sambutan Nuzul Quran SK Padang Gajah





"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." -al baqarah 185

Pada hari Isnin  6 Julai 2014. Panitia  Pendidikan  Islam SK Padang Gajah telah mengadakan  sambutan hari  Nuzul Quran yang jatuh pada hari  Sabtu  4 Julai bersamaan 17 Ramadan  1436 Hijrah.

Sesungguhnya peristiwa Nuzul Quran  adalah  antara  tarikh yang penting di dalam  kalendar  Islam.

Pada hari tersebut ayat Quran  yang  pertama  telah diturunkan dengan  pengantaraan Jibril A.S bertempat  di Gua Hira, iaitu ayat 1 hingga 5 daripada  surah Al A'laq yang berbunyi,

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan 96.1

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku 96.2

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah 96.3

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan 96.4

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. 96.5"

Aktiviti  pada hari itu telah  diisi dengan  ceramah  Nuzul Quran yang disampaikan  oleh  Ustaz  Sodruddin Mokhtar. Semua guru dan 88 orang murid Islam telah menjayakan program  tersebut.

Diharap  semua  pihak  mendapat  manfaat  daripadanya.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Thursday 28 May 2015

Sumbangan daripada YB Zabdi Abd Wahid Adun Trong



Pada hari ini Khamis, 28 Mei 2015, YB Zabdi  Abd  Wahid, Adun  Trong, telah  singgah  ke SK Padang  Gajah.

Beliau memberikan sumbangan ikhlas kepada unit KOKUM SK Padang Gajah, berjumlah  RM 1200 tambahan  kepada  RM 500 yang telah  beliau berikan pada 18 Mei yang lalu.

Setinggi terima kasih  kami ucapkan kepada  beliau.

"Terima kasih  daun  keladi,
Ada rezeki  berilah lagi."

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Tuesday 26 May 2015

Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Sekolah






[17:1] Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. - Al Isra' : 1

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.

Pada hari Isnin 25 Mei yang lalu. SK Padang  Gajah  telah mengadakan sambutan  Isra' Mikraj  peringkat sekolah anjuran Panitia  Pendidikan  Islam.

Majlis diisi dengan ceramah bagi mengingati  peristiwa  penting  di dalam  Islam ini.

Moga semua warga SKPG mendapat  manfaat daripadanya.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Thursday 21 May 2015

Bowling Ukhwah Hari Guru







Pada hari Isnin, 18 Mei yang lalu. Satu  perlawanan  bowling ukhwah sempena hari  guru telah diadakan  di Taiping Winner's  Bowl, Taiping, anjuran PIBG SK Padang  Gajah.

Acara dimeriahkan lagi dengan penyertaan YB Zabdi Abd Wahid, Adun Trong dan isteri.

Semua guru, ajk PIBG, beberapa murid tua dan orang kampung terlibat. Tiada team guru melawan team ibubapa sebaliknya guru dan ibubapa  bersama dalam satu kumpulan  mengikut undian.

Acara  begini telah mengeratkan lagi hubungan  pihak sekolah, YB dan orang-orang  kampung.

Semoga acara yang sama dapat diteruskan  pada  masa  akan  datang.


Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob
Posted via Blogaway


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah







Pada hari Isnin, 18 Mei 2015 yang lalu, sambutan hari guru peringkat sekolah telah  diadakan  sempena hari guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun.

Majlis kali ini amat bermakna apabila PIBG memainkan peranan  yang lebih  besar.

Majlis berbesar hati menerima kehadiran En Faizal Abd Rashid wakil daripada  PPD LMS.

Majlis dipengerusikan  sepenuhnya  oleh adik Nurazwa Bt  Darus  dari tahun 6A dengan jayanya.

Majlis  berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah diucapkan pada semua.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Thursday 14 May 2015

Karnival Bahasa Daerah LMS





Pertandingan  Bercerita  Tahap 2  Bahasa  Melayu  Sekolah  Rendah.

Tarikh: Khamis, 14 Mei 2015
Tempat: SK King Edward
Penyertaan: Nurazwa Bt Darus, 6A SKPG
Pencapaian: Tempat  ke-3

Tahniah  Azwa, Cikgu Hanan dan semua  yang  terlibat.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Monday 11 May 2015

Pertandingan menulis galak pemikiran kritis , kreatif

Pertandingan menulis galak pemikiran kritis, kreatif

11 Mei 2015 3:24 AM

Syarikat penerbit dan pengedar buku kanak-kanak, Scholastic Malaysia menganjurkan Anugerah Penulis Scholastic yang terbuka kepada semua pelajar di Malaysia dan Singapura.

- See more at: http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pertandingan-menulis-galak-pemikiran-kritis-kreatif-1.90560#sthash.A7ler3p4.dpuf


Aktiviti PPIM


Pada hari Sabtu, 9 April yang lalu. Persatuan  Puteri  Islam Malaysia SK Padang Gajah telah menyertai  aktiviti  Persatuan  Puteri  Islam  Malaysia Daerah  Larut Matang Selama di Ethnol Village, Kampung Senduk.
Pelbagai  aktiviti  telah dijalankan antaranya  master chef, buku log dll.
Nurauni Arrazmi murid tahun 5A SK Padang Gajah telah menjuarai pertandingan  Master Chef dan bakal mewakili daerah LMS ke peringkat  negeri. Manakala beliau juga mendapat naib johan bagi pertandingan  buku log.
Semoga adik Auni berjaya mengharumkan  nama SKPG dan Daerah LMS di peringkat  negeri  nanti.


Wednesday 29 April 2015

Kem Membaca 1 Malaysia



Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah telah diadakan di bawah pimpinan  cikgu Saraswathy. KM1M bertujuan memupuk minat membaca di kalangan murid-murid.

Pada: Selasa 21 April - Khamis 23 April 2015.

Tempat: Dewan SKPG

Pencapaian: Semua murid SKPG termasuk murid pra terlibat. Aktiviti seperti pantun, deklamasi sajak dan pembentangan sinopsis buku telah  diadakan. Murid-murid sangat berminat dengan aktiviti pantun.

Cadangan  penambah baikan: Memeriahkan lagi dengan banting dan poster.

"Bangsa membaca, bangsa  berjaya"


Pelaksanaan Kaedah Latihan Blended-Approach

Pelaksanaan Kaedah Latihan Blended-Approach
Kepada semua Pengguna SPL KPM.

Berikutan keadaan ekonomi semasa, peruntukan latihan bagi semua warga kerja KPM adalah terhad. Walau bagaimanapun, KPM masih perlu memenuhi keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam bagi kehadiran berkursus sekurang-kurangnya tujuh (7)  hari setahun. 

Sehubungan dengan itu, Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) KPM yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. KSU pada 27 Mac 2015 telah memutuskan bahawa keperluan latihan tujuh (7) hari setahun bagi setiap warga KPM dalam tahun 2015 boleh digantikan dengan Pembacaan Buku, Sesi Perkongsian Ilmu atau Pembelajaran Kendiri. 

Kaedah pembacaan buku ilmiah tanpa had jumlah hari yang pernah dilaksanakan di KPM boleh dilaksanakan semula dengan lebih meluas, di samping pelaksanaan sesi perkongsian ilmu dan pembelajaran kendiri. Kaedah ini adalah sebagai alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus konvensional bagi semua warga KPM tidak dapat dipenuhi.

Pengiraan hari berkursus adalah seperti berikut :-

i)
Pembacaan Buku
Satu (1) sesi pembentangan/penulisan sinopsis buku bersamaan satu (1) hari berkursus (mengikut kumpulan kategori Pegawai); dan

ii)
Perkongsian Ilmu
Enam (6) jam terkumpul bersamaan satu (1) hari berkursus. 

Pembentangan mengenai pembacaan buku dan penulisan sinopsis adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut :-

i)
Pengurusan Tertinggi/JUSA
Pembentangan dan penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan; 

ii)
Pengurusan & Profesional 
(Gred 41-54)
Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan

iii)
Anggota Kumpulan Pelaksana 1 
(Gred 17-40)
Penulisan sinopsis buku  adalah diwajibkan tanpa pembentangan; dan 

iv)
Anggota Kumpulan Pelaksana 2 
(Gred 16 Ke Bawah)
Pembentangan mengenai pembacaan buku/perkongsian ilmu adalah diwajibkan tanpa melibatkan penulisan. 

Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh diakses melalui capaian berikut : 

Urus Setia PPSM (Latihan)
Sektor Pelajaran KPM

Friday 27 March 2015

Mesyuarat Agung PIBG ke 42


Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42
Pada: Khamis, 26 Mac 2015
Tempat: dewan SKPG
Kehadiran: 2/3
Pencapaian: Beberapa usul telah diterima dan beberapa telah ditolak.

Nota: Penyampaian KWAMP dan eKasih telah dilakukan pada hari yang sama.

Wednesday 25 March 2015

KEJOHANAN CATUR SEKOLAH RENDAH 2015






1. Peringkat zon
Tarikh: Selasa, 24 Mac 2015
Tempat: SK Temerlok
Penyertaan: 12 Orang murid SKPG
Pencapaian: 3 orang murid SKPG mewakili zon Trong
                    Hidayah Azman 4A (Johan kategori perempuan)
                    Azhad Fudhail 5A (Naib johan kategori lelaki)
                    Nur Arina 6A (Tempat ke-6)

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob
25 Mac 2015

Tuesday 24 March 2015

Murid, pelajar Malaysia diiktiraf

Murid, pelajar Malaysia diiktiraf
24 Mac 2015 1:24 AM

PUTRAJAYA 23 Mac – Penyertaan negara dalam 12 pertandingan peringkat dunia mendapat pelbagai pengiktirafan yang meletakkan murid dan pelajar Malaysia setanding dengan pelajar negara lain. -selanjutnya

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/murid-pelajar-malaysia-diiktiraf-1.73052#sthash.sQsE6dkD.dpuf

MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN

MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN
DR. AMINUDIN MANSOR  |  25 Mac 2015 12:49 AM

PENDIDIKAN sangat pen­ting dalam kehidupan, juste­ru­ melalui pendidikan dan pemahaman yang men­dalam dan seimbang akan dapat melahirkan insan seimbang dengan iman dan takwa. Al-Quran dan sunah adalah sumber ilmu utama yang seharus­nya menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. -selanjutnya

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/mendepani-cabaran-pendidikan-1.73351#sthash.4DmTIx9r.dpuf

Monday 23 March 2015

LAPORAN KEJOHANAN BOLA BALING 2015





1. Peringkat daerah
Tarikh: Isnin-Selasa, 26-27 Jan 2015
Tempat: SK KE 2
Penyertaan: 12 Orang murid SKPG terlibat.
Pencapaian: 16 Terbaik ( 2 Menang 1 kalah)

2. Peringkat negeri
Tarikh: Jumaat-Isnin, 13-16 Feb 2015
Tempat: Adtech Taiping
Penyertaan: Mohd Aiman Bin Azizul 6A
Pencapaian: LMS mendapat pingat gangsa

Cadangan penambahbaikan: Mewujudkan pasukan tetap bola baling 12 orang yang berlatih secara konsisten dari awal tahun hingga hari perlawanan.

Dilaporkan oleh, 
Cikgu Mohamad Bin Ayob
2 Mac 2015

Popular Posts