Pages

Followers

Saturday, 25 July 2015

Sambutan Aidilfitri SKPG







Jumaat, 24 Julai  - SK  Padang  Gajah  telah  mengadakan  majlis  sambutan  Aidilfitri.

Majlis  diadakan secara  bersama  dengan  pihak  PIBG.

Pelbagai  juadah tradisional  hari raya  telah disajikan  hasil sumbangan  guru-guru, warga sekolah  bukan guru, ajk pibg dan ibu bapa.

Semua  warga  sekolah  dan ibu bapa  hadir  bagi memeriahkan  majlis.

Sesungguhnya  program  sebegini  akan  mengeratkan  lagi  hubungan  pihak  sekolah  dan komuniti.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Majlis Khatam al Quran dan ambang Aidilfitri







Selasa, 14 Julai - SK Padang  Gajah  telah  mengadakan  majlis  khatam  al Quran dan sambutan  ambang Aidilfitri. 

Majlis  tadarus  al Quran  secara  berkumpulan yang diketuai  seorang  guru  telah  diadakan  sepanjang  bulan  Ramadan di mana setiap  kumpulan  diberi  beberapa  juzuk untuk dihabiskan  sebelum  cuti Hari Raya sempena program  ihya Ramadan   (menghidupkan  Ramadan).

Pada hari  itu juga sumbangan  Hari Raya  telah diberikan  kepada  murid murid berupa  wang  dan barangan.

Sesungguhnya  program  yang baik sebegini  telah menjadi tradisi SKPG dan harus diteruskan  setiap tahun yang mendatang.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Wednesday, 8 July 2015

Sambutan Nuzul Quran SK Padang Gajah





"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." -al baqarah 185

Pada hari Isnin  6 Julai 2014. Panitia  Pendidikan  Islam SK Padang Gajah telah mengadakan  sambutan hari  Nuzul Quran yang jatuh pada hari  Sabtu  4 Julai bersamaan 17 Ramadan  1436 Hijrah.

Sesungguhnya peristiwa Nuzul Quran  adalah  antara  tarikh yang penting di dalam  kalendar  Islam.

Pada hari tersebut ayat Quran  yang  pertama  telah diturunkan dengan  pengantaraan Jibril A.S bertempat  di Gua Hira, iaitu ayat 1 hingga 5 daripada  surah Al A'laq yang berbunyi,

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan 96.1

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku 96.2

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah 96.3

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan 96.4

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. 96.5"

Aktiviti  pada hari itu telah  diisi dengan  ceramah  Nuzul Quran yang disampaikan  oleh  Ustaz  Sodruddin Mokhtar. Semua guru dan 88 orang murid Islam telah menjayakan program  tersebut.

Diharap  semua  pihak  mendapat  manfaat  daripadanya.

Dilaporkan oleh,
Cikgu Mohamad Bin Ayob

Posted via Blogaway


Popular Posts